Friday, 22 July 2016
Wednesday, 20 July 2016
STOK KEREPEK
Kerepekazzam kini dibuka setelah bercuti panjang di hari raya. Pelbagai jenis kerepek ada seperti kerepek ubi, pisang, kacang, keropok, muruku dan lain-lain. Dan stok kerepek akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa bergantung pada permintaan. Terima kasih.
Friday, 1 July 2016
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1437H (2016)
Beberapa hari lagi Ramadan bakal meninggalkan kita dan Syawal bakal
menjelang tiba. Orang ramai sudah mula meninggalkan kota dan menuju ke
kampung halaman keluarga masing-masing untuk bersama-sama menyambut
ketibaan Hari Raya Aidilfitri 1437H. Admin ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat islam dan maaf
zahir batin. Berhati-hati dan beretikalah ketika memandu di jalan
raya.Ingatlah keluarga tersayang menanti kepulangan anda dengan selamat.
Admin akan bercuti lebih seminggu dan pulang ke kampung bersama
keluarga. Kerepekazzam akan beroperasi semula selepas raya. Jumpa lagi!
Saturday, 25 June 2016
AKAN BEROPERASI SEMULA SELEPAS RAYA AIDILFITRI (2016)
Ini adalah sebahagian kerepek
yang telah ditempah oleh pelanggan. Kami telah berjaya menghantar tempahan ke
merata tempat seperti Rawang,Wangsa Maju, Ampang,TTDI,Petaling Jaya. Ada juga
melalui pos seperti Johor,Terengganu. Pihak kami juga ingin memohon maaf kerana
tidak berkesempatan memenuhi begitu banyak tempahan kerana kesuntukan masa dan
kekurangan stok. Sambutan adalah diluar jangkaan. Kami akan cuba perbaiki
kekurangan dan tingkatkan lagi produktivi. Untuk makluman, kami akan mula
bercuti seawal 1 julai sehingga ke pengumuman selanjutnya. Tempahan masih boleh
dibuat tapi akan diproses selepas hari raya. Terima kasih di atas sokongan
anda.
Thursday, 16 June 2016
Thursday, 9 June 2016
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1437 HIJRAH
Sudah 4 hari kita menjalani ibadah puasa. Kerepekazzam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan bulan yang memberi rahmat kepada umat Islam. Marilah tingkatkan lagi ibadah kita dalam mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah SWT.
Friday, 3 June 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)










