Jualan Makanan Ringan Moden & Tradisional Dengan Pembelian Mudah Secara Online

Thursday, 1 December 2016

KEMASKINI JADUAL SENARAI HARGA PRODUK (DISEMBER 2016) I






      Berikut beberapa jenis produk/kerepek dikemaskini. Boleh lihat pada laman Senarai Harga Kerepek untuk maklumat lanjut. Penjualan 3 jenis muruku ditamatkan penjualan dalam jangkamasa tertentu sehingga pemberitahuan kelak.

Wednesday, 9 November 2016

PERUBAHAN HARGA PRODUK (NOV 2016) I



      Kini popia mini sambal boleh didapati dengan harga yang lebih murah dengan pembelian 2kg. Kerepek pisang tanduk masin untuk 3kg berharga RM55 turun sebanyak sebanyak RM5 (harga mengikut pasaran bahan mentah semasa). Kerepek keledek ungu untuk 3kg harga RM47. Sila layari ''Senarai harga produk'' untuk maklumat lanjut.

Sunday, 11 September 2016

PENAMBAHAN SENARAI PRODUK TERBARU (SEPTEMBER 2016) I


      Kerepek diperbuat daripada pisang abu dicampur dengan sedikit bijan. Untuk melihat senarai-senarai kerepek yang lain, sila klik pada halaman Senarai Harga Kerepek.

Thursday, 1 September 2016

MURUKU GERIGI


  
      Bagi penggemar maruku/meruku/muruku jangan ketinggalan untuk merasai keenakan muruku berbentuk gerigi ini. Kod Produk ZA02. Sila lihat Senarai Harga Produk untuk maklumat harga. Terima kasih.

Thursday, 28 July 2016

PENAMBAHAN SENARAI PRODUK TERBARU (JULAI 2016) I



      Maklumat lanjut boleh lihat pada ''SENARAI HARGA PRODUK''. Terima kasih.

Friday, 22 July 2016

KEMASKINI JADUAL KACANG DAN LAIN-LAIN PRODUK (JULAI 2016) I


      Untuk melihat senarai penuh, sila ke halaman ''SENARAI HARGA KEREPEK'' terima kasih.

Wednesday, 20 July 2016

STOK KEREPEK


       Kerepekazzam kini dibuka setelah bercuti panjang di hari raya. Pelbagai jenis kerepek ada seperti kerepek ubi, pisang, kacang, keropok, muruku dan lain-lain. Dan stok kerepek akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa bergantung pada permintaan. Terima kasih.

Friday, 1 July 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1437H (2016)

      Beberapa hari lagi Ramadan bakal meninggalkan kita dan Syawal bakal menjelang tiba. Orang ramai sudah mula meninggalkan kota dan menuju ke kampung halaman keluarga masing-masing untuk bersama-sama menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri 1437H. Admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat islam dan maaf zahir batin. Berhati-hati dan beretikalah ketika memandu di jalan raya.Ingatlah keluarga tersayang menanti kepulangan anda dengan selamat. Admin akan bercuti lebih seminggu dan pulang ke kampung bersama keluarga. Kerepekazzam akan beroperasi semula selepas raya. Jumpa lagi!

Saturday, 25 June 2016

AKAN BEROPERASI SEMULA SELEPAS RAYA AIDILFITRI (2016)



      Ini adalah sebahagian kerepek yang telah ditempah oleh pelanggan. Kami telah berjaya menghantar tempahan ke merata tempat seperti Rawang,Wangsa Maju, Ampang,TTDI,Petaling Jaya. Ada juga melalui pos seperti Johor,Terengganu. Pihak kami juga ingin memohon maaf kerana tidak berkesempatan memenuhi begitu banyak tempahan kerana kesuntukan masa dan kekurangan stok. Sambutan adalah diluar jangkaan. Kami akan cuba perbaiki kekurangan dan tingkatkan lagi produktivi. Untuk makluman, kami akan mula bercuti seawal 1 julai sehingga ke pengumuman selanjutnya. Tempahan masih boleh dibuat tapi akan diproses selepas hari raya. Terima kasih di atas sokongan anda.

Thursday, 9 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1437 HIJRAH

      Sudah 4 hari kita menjalani ibadah puasa. Kerepekazzam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan bulan yang memberi rahmat kepada umat Islam. Marilah tingkatkan lagi ibadah kita dalam mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah SWT.